Thursday, 19 April 2012

Bonanza Contest dan Book Drive Campaign

Bersempena Language Festival 2012,satu acara Bonanza Contest (Guess the
Number of Bottles) dan Book Drive Campaign sedang berlangsung di ruang
pameran Perpustakaan Sultanah Nurzahirah bermula 15hb April hingga 19hb
April 2012.

Untuk Bonanza Contest,peserta yang berminat hendaklah meneka bilangan
botol minuman yang dipamerkan.Selepas meneka,peserta boleh memuat turun
borang penyertaan di laman web Language Festival 2012 iaitu
http://languagefestival.umt.edu.my. dan mengisi jawapan serta butiran yang
dikehendaki. Akhir sekali peserta hendaklah menghantar borang ke alamat
emel  languagefestival2012@umt.edu.my. dan hadiah berupa hamper bernilai
RM300 menanti para pemenang yang akan diumumkan pada majlis penutup
Language Festival 2012 pada 21hb April nanti.

Bagi Book Drive Campaign, sebuah kotak disediakan di tempat yang
sama.Warga UMT yang mempunyai buku-buku,novel-novel,majalah-majalah dan
bahan-bahan bacaan yang bersesuaian dan terpakai boleh menderma barangan
tersebut dengan meletakkannya dalam kotak Book Drive Campaign. Bahan-bahan
bacaan hasil sumbangan warga UMT akan didermakan kepada pelajar-pelajar
sekolah di sekitar UMT.

Sekian, untuk makluman para pelajar sekalian. Segala kerjasama amat kami
hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

"Empowering and Engaging People through Language"

0 comments:

Post a Comment