a. Kereta :
- Pastikan kereta berkunci apabila meninggalkannya.
- Sebelum meninggalkan kenderaan, simpan semua barang di tempat yang sukar dilihat.
- Pasangkan kunci tambahan di bahagian-bahagian penting seperti stereng, gear, roda dan cluth.
- Pasang alat penggera (alarm).
- Letakkan kereta di tempat yang mudah dilihat, terang dan tidak terpencil.
- Pastikan kunci kereta tidak dibuat salinan semasa diservis atau dicuci.
- Jangan serahkan kunci kereta kepada joki kereta.
- Ukir nombor pendaftaran di cermin dengan “sandblasting”.
b. Motosikal:
- · Letak motosikal di tempat-tempat yang dikhaskan.
- · Pastikan motosikal anda berkunci apabila meninggalkannya.
- · Jangan tinggalkan motosikal di tempat yang sunyi dan gelap.
- · Gunakan kunci atau rantai tambahan.