Mencegah Rogol


  • Mengambil sikap berjaga-jaga terhadap persekitaran anda, terutama di tempat yang gelap dan sunyi.
  • Kelihatan yakin semasa berjalan.
  • Pastikan anda ditemani oleh penumpang lain semasa menaiki kenderaan awam.
  • Berhati-hati apabila seseorang yang disyaki atau dicurigai merayau di kawasan awam seperti tandas.
  • Sentiasa berjaga-jaga apabila menuju ke arah kenderaan anda.
  • Sentiasa memeriksa kenderaan anda sebelum masuk.
  • Adalah baik jika anda diteman ketika menaiki lif. Elakkan menggunakan lif di tempat yang sunyi atau terpencil dengan orang yang tidak dikenali.
  • Jangan menerima jemputan daripada orang yang baru dikenali.
  • Maklumkan keluarga tentang aktiviti anda dan tempat yang akan dikunjungi.
  • Belajar ilmu mempertahankan diri.