PENGENALAN
Seksyen Kebajikan merancang, melaksana, mengenalpasti dan mengambil tindakan terhadap pengurusan kebajikan pelajar kelainan upaya (OKU) yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi mulai tahun 2005. Bantuan kewangan ini diberikan dalam bentuk wang saku atas kadar RM 300 sebulan bagi semua kategori pelajar OKU di IPT yang memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan.
TEMPOH PEMBIAYAAN
Tempoh maksimum pengajian yang layak dibayar elaun dihadkan seperti berikut;
i. Sijil – 2 Tahun (di Kolej Komuniti dan Politeknik Sahaja)
ii. Diploma – 3 Tahun
iii. Sarjana Muda – 4 Tahun
iv. Diploma Lepasan Ijazah – 2 Tahun
v. Sarjana – 2 Tahun
vi. Ph.D- 4 Tahun
SYARAT-SYARAT BANTUAN KEWANGAN PELAJAR OKU
Syarat-syarat kelayakan elaun khas ini adalah seperti berikut;
- Pelajar berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan telah mempunyai kad OKU;
- Pelajar OKU yang menerima biasiswa atas dasar kurang upayanya tidak layak menerima bantuan kewangan ini. Walau bagaimanapun, pelajar OKU yang menerima pelajaran atau biasiswa atas merit akademik layak menerima elemen wang saku sahaja;
- Pelajar OKU hendaklah bukan dalam tempoh cuti belajar bergaji (penuh/sebahagian); dan
- Kursus yang diikuti hendaklah diiktiraf oleh Agensi Kelayakan (MQA) atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
PERMOHONAN/TUNTUTAN
Permohonan bantuan wang saku dan yuran pengajian pelajar OKU hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Biasiswa, KPT tidak lewat dari 30 hari pertama pada setiap semester bermula.
Dokumen-dokumen yang diperlukan;
- Salinan Kad Pengenalan Pelajar;
- Salinan Kad Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM);
- Salinan Kad Pendaftaran Pelajar;
- Salinan surat Tawaran Pengajian;
- Salinan buku akaun CIMB Bank sahaja (bagi pemohon baru);
- Borang Pendaftaran Bantuan Kewangan Pelajar Orang Kurang Upaya (untuk tuntutan kali pertama sahaja)
- Borang Tuntutan Bantuan Wang Saku Pelajar OKU IPT
- Borang Tuntutan Yuran Pengajian Pelajar OKU IPT;
- Invois asal yuran pengajian semester semasa
- Salinan keputusan peperiksaan terkini
Bayaran wang saku akan dimasukkan terus ke akaun pelajar. Manakala bayaran yuran pengajian akan dimasukkan terus ke akaun institusi pengajian.
Untuk Maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Islam
**Sumber dari Pusat Islam UMT