Pengenalan JPLK


Pelajar Luar Kampus (PLK) sentiasa terdedah dengan ancaman keselamatan sama ada di tempat-tempat awam mahupun dipremis kediaman mereka. Secara amnya, semua pelajar PLK perlu menigkatkan pengetahuan dan kesedaran peri pentingnya mengambil langkah-langkah awal mencegah jenayah atau kejadian yang tidak diingini.
            Pada November 2011 lalu, Penempatan dan Kemudahan Pelajar (PKP) Universiti Malaysia Terengganu (UMT)  telah menubuhkan Jawatankuasa Luar Kampus (JPLK). Penubuan JPLK adalah untuk membantu dan menjaga kebajiakan dan keselamatan pelajar PLK. Dengan membawa moto yang tersendiri iaitu YOUR WELFARE IS OUR MAIN PRORITY.

Antara tugas-tugas JPLK UMT ialah:
  • Menyediakan senarai rumah sewa
  • Menyediakan maklumat dan garis panduan penyewaan dan panduan keselamatan kepada PLK
  • Membantu mengatur program pelajar dan masyarakat dengan pendudukan setempat
  • Menyelaras permohonan pelajar PLK mendaptkan tempat tinggal di Kolej Kediaman jika ada kekosongan bagi mereka yang layak
  • Membantu persatuan PLK menjalankan aktiviti dengan pihak yang berkaitan
  • Memantau dan memelihara kesejahteraan pelajar PLK
  • Menyediakan khidmat nasihat penyewaan rumah seperti Kontrak/perjanjian sewaan, kadar harga rumah yang bersesuaian, lokasi rumah dan kawasan persekitaran yang selamat serta cara-cara memilh rumah sewa
  • Membantu pelajar sekiranya berlaku kes-kes  kecemasanseperti kemalangan, kecurian, jenayah(sivil-syariah), masaalah kesihatan dan pemberian insentif kepada pelajar yang layak.
Dengan adanya JPLK, diharapkan ianya dapat melancarkan urusan penempatan perumahan dan kebajikan pelajar PLK