- Memaklumkan balai polis berdekatan tentang alamat rumah, tarikh dan masa anda tidak berada di rumah. Tinggalkan maklumat secukupnya bagi memudahkan jiran atau polis memaklumkan sebarang kejadian kepada anda.
- Minta bantuan daripada jiran-jiran untuk mengawasi rumah anda semasa ketiadaan orang.
- Memasang alat-alat keselamatan tambahan pada pintu seperti lubang pandangan, mangga dan selak keselamatan.
- Jangan tinggalkan sebarang nota yang boleh membantu pemecah rumah bertindak.
- Sentiasa pasangkan lampu apabila keluar rumah.
- Pastikan pintu, tingkap dan pintu pagar berkunci sebelum meninggalkan rumah atau tidur.
- Gantikan semua kunci apabila apabila kunci rumah hilang atau dicuri.
- Pasangkan sistem penggera keselamatan yang baik untuk rumah/bangunan.