- Bawa wang sekadar mencukupi ketika membeli-belah
- Simpan wang dengan baik bagi mengelakkan penyeluk saku mengintai peluang.
- Bagi wanita, beg tangan seelok-eloknya dibimbit untuk mengelakkan diragut oleh peragut.
- Bagi lelaki, dompet elok disimpan di dalam kocek berbutang.
- Jangan biarkan beg tangan diletak di tempat yang mudah dicapai oleh orang lain ketika membeli-belah.
- Periksa segera dompet atau beg tangan anda jika dilanggar atau diasak oleh orang lain.
- Elakkan daripada tertidur semasa menaiki kenderaan awam atau meninggalkan barang kepunyaan anda tanpa dijaga.
- Kepit beg tangan dengan kemas ketika berjalan atau berada di tempat yang sibuk.