Universiti Malaysia Terengganu

View Hostel dari Kompleks sukan.

Universiti Malaysia Terengganu

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Universiti Malaysia Terengganu

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Universiti Malaysia Terengganu

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Wednesday, 25 April 2012

Apple Online??

Tahu kah anda produk dari syarikat apple boleh di beli di online???

 (tak tahu.. kuno nyer...)
huhuhuhu,,, Sorry tau...
sebenarnya barang jenama apple boleh di beli secara atas talian (online)... tapi sebelum membeli pelanggan hendaklah memiliki account dari apple yang boleh di daftar secara percuma)... selain itu gak.. anda juga haruslah memiliki kad kredit... (xde kad kredit?? xpe... kad debit pun di terima juga... asalah kad tersebut boleh membeli atas talian.... jangan bagi kad telepon sudah.... )... membeli secara online ini ada kebaikan dan keburukan tersendiri...

  • Kebaikan membeli online
    • Menjimatkan masa
    • kadakala boleh mendapat discount lebih jauh murah.
    • Barang yang di kehendaki boleh di jumpa dan senang untuk dapat.
    • dsgnya

  • Keburukan membeli online
    • Lambat proses penghantaran
    • senang di tipu
    • dsgnya

Tetapi untuk www.apple.com adalah laman rasmi syarikat apple dan boleh di percayai. kelebihan membeli online di apple.com adalah anda boleh membuat benda yang hendak di beli tersebut hak peribadi dengan menulis (engraving) nama di belakang benda yang di beli tersebut. ia tertakluk terma dan syarat. Cadangan saya batter beli online.. ia betul2x dari kilang punya barang...

Thursday, 19 April 2012

New Ipad In Malaysia Market

Ting...Tup... Ting...

NEW IPAD IN MALAYSIA MARKET>>> JOOM>> Grab It...

Perbezaan New Ipad and Ipad 2....
Klik picture untuk lebih clear (sumber dari apple.com)

Pertandingan Mencipta Logo Tahun Melawat Terengganu 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian
dan Warisan Negeri Terengganu akan menganjurkan Pertandingan Mencipta Logo
Tahun Melawat Terengganu 2013. Pertandingan ini bertujuan untuk
mendapatkan logo yang terbaik yang boleh dijadikan lambang bagi persediaan
Tahun Melawat Terengganu 2013.
Kepada sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi Pejabat Setiausaha Kerajaan ditalian 09-6276398/6231957 (ext:6398) atau
emel chewan@terengganu.gov.my untuk maklumat lanjut.

Sekian, untuk makluman

Bonanza Contest dan Book Drive Campaign

Bersempena Language Festival 2012,satu acara Bonanza Contest (Guess the
Number of Bottles) dan Book Drive Campaign sedang berlangsung di ruang
pameran Perpustakaan Sultanah Nurzahirah bermula 15hb April hingga 19hb
April 2012.

Untuk Bonanza Contest,peserta yang berminat hendaklah meneka bilangan
botol minuman yang dipamerkan.Selepas meneka,peserta boleh memuat turun
borang penyertaan di laman web Language Festival 2012 iaitu
http://languagefestival.umt.edu.my. dan mengisi jawapan serta butiran yang
dikehendaki. Akhir sekali peserta hendaklah menghantar borang ke alamat
emel  languagefestival2012@umt.edu.my. dan hadiah berupa hamper bernilai
RM300 menanti para pemenang yang akan diumumkan pada majlis penutup
Language Festival 2012 pada 21hb April nanti.

Bagi Book Drive Campaign, sebuah kotak disediakan di tempat yang
sama.Warga UMT yang mempunyai buku-buku,novel-novel,majalah-majalah dan
bahan-bahan bacaan yang bersesuaian dan terpakai boleh menderma barangan
tersebut dengan meletakkannya dalam kotak Book Drive Campaign. Bahan-bahan
bacaan hasil sumbangan warga UMT akan didermakan kepada pelajar-pelajar
sekolah di sekitar UMT.

Sekian, untuk makluman para pelajar sekalian. Segala kerjasama amat kami
hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

"Empowering and Engaging People through Language"

KONVENSYEN BIOLOGI UMT 2012

Assalamulaikum dan salam sejahtera

Sukacita dimaklumkan bahawa Gabungan Mahasiswa Biologi (BIOSIS) akan
menganjurkan Program "Konvesyen Biologi UMT 2012" yang akan dirasmikan
oleh Y. Bhg. Prof. Dr. Noor Azhar Bin Mohamed Shazili,Timbalan Naib
Canselor (Akademik dan Antarabangsa) di Auditorium INOS manakala Majlis
Penutup di Auditorium I, Komplek Sukan Negeri (Gong Badak) oleh YB. Hj.
Ahmad Razif bin Abdul Rahman (ADUN Seberang Takir).

Objektif utama Konvesyen ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada
pelajar diperingkat sekolah dan Universiti untuk mengenali ilmu Biologi
dan potensi kerjaya yang boleh diceburi. Hal ini juga secara tidak
langsung dapat menarik minat dan mempromosikan UMT khususnya kepada
pelajar sekolah lepasan SPM/ STPM dalam bidang Biologi.
Aktiviti sepanjang Konvensyen tersebut:
1)      21 April 2012 - Pembersihan Pantai UMT
2)      27 April 2012 - Penanaman pokok Ru di Pantai UMT (Tree for Life)
3)      28 April 2012 - Wacana Biologi – (Pihak Pensyarah/ Perhilitan/ Biotec
Corp./ Jab. Perhutanan/ Sekolah)
Untuk Maklumat lanjut boleh hubungi Cik Nurul Afiqah bt Mohamed Hisham
012-9223806 (drpiqoq25@yahoo.com)
Sekian, terima kasih.

Monday, 26 March 2012

Menulis Esei dan Poster Keselamatan Jalan Raya Peringkat Kebangsaan


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia akan menganjurkan pertandingan Menulis Esei dan Poster Keselamatan Jalan Raya Peringkat Kebangsaan sempena Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan
Raya IPTA 2012. Pertandingan ini terbuka kepada semua dan sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi Pn. Munzilah Md. Rohani ditalian 07-4534377 atau emel
munzilah@uthm.edu.my untuk keterangan lanjut.

Sekian, terima Kasih.

Pertandingan Educational Blogging


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Universiti Pendidikan Sultan Idris akan mengadakan pertandingan Educational Blogging Peringkat Kebangsaan Sempena "Hari ICT 2012". Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar ipt dan syarat-syarat pertandingan adalah berikut:
1.      Blog yang hendak dipertandingkan mestilah boleh dicapai melalui Internet pada bila-bila masa.
2.      Para peserta adalah bebas untuk menggunakan kreativiti sendiri termasuklah mendapatkan khidmat nasihat daripada para pakar di seluruh dunia.
3.      bagi membangunkan blog masing-masing yang tertakluk kepada syarat-syarat pertandingan.
4.      Kandungan dalam blog mestilah bebas daripada malicious code, virus, pornografi, perkauman, kebencian, bahan yang diharamkan, politik atau isi.
5.      kandungan yang menyalahi undang-undang Malaysia.
6.      Sebarang plagiarism yang terlibat dalam pembangunan blog adalah tanggungjawab peserta.
7.      Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang pencerobohan intelektual atau hak cipta sekiranya peserta melanggar peraturan di atas.
8.      Pihak penganjur berhak menolak mana-mana penyertaan tanpa memberi sebarang sebab.
9.      Keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.
10.  Pihak penganjur berhak meminda mana-mana syarat dan peraturan sekiranya perlu tanpa memaklumkannya kepada para peserta.
11.  Pihak penganjur berhak meminda hadiah kepada nilai yang setara tanpa perlu mendapat persetujuan para peserta.
12.  Borang penyertaan perlu dihantar sebelum tarikh tutup pertandingan.
13.  Pemenang dimestikan hadir untuk mengambil hadiah pada hari penyampaian hadiah, jika tidak secara automatik hadiah tersebut akan dibatalkan
14.  Blog yang menyertai pertandingan akan dinilai oleh jawatankuasa panel hakim yang dilantik oleh jawatankuasa  pertandingan.
Untuk maklumat lanjut boleh layari http://ict.upsi.edu.my/ictday .

Sekian, terima Kasih.

Sumber dari UPSI